Menyokong ritma badan anda

Mari kita jelaskan - perjalanan Roczen anda bukan tanpa cabarannya.

Nama
23 Mac 2023

Perjalanan Roczen anda ada cabarannya yang tersendiri. Anda harus bangga dengan pencapaian anda kini. Anda telah mulakan satu rutin baru dan mana-mana rutin baru perlukan masa untuk anda menyesuaikan diri. Jadi, jika anda telah menamatkan puasa awal atau makan snek minggu ini, tidak mengapa.

Pertama sekali, relax! Tarik nafas panjang dan kembali kepada pelan. Mulakan perbualan dengan Mentor anda dan bertanya khabar kepada semua orang di kumpulan Roczen di media sosial atau Whatsapp. Berkongsi cerita anda dengan orang lain boleh buatkan anda bermotivasi untuk mula semula.

Beberapa nasihat (jika kita boleh)

Untuk memaksimumkan faedah Roczen, pertimbangkan beberapa perubahan gaya hidup yang mudah dan serasi dengan ritma badan di waktu siang dan malam, yang dikenali sebagai ritma sirkadian. 

Ritma sirkadian adalah perubahan fizikal, mental, dan tingkah laku yang mempengaruhi kebanyakan manusia, haiwan, dan tumbuh-tumbuhan. Ritma sirkadian mempunyai kitaran 24 jam dan bertindak balas terutamanya kepada cahaya (siang) dan gelap (malam). Mari kita fikirkan untuk mencapai perkara berikut:

  • Sasarkan untuk tidur selama 8 jam. Bukan hanya 8 jam berada di atas katil, tetapi tidur sebenar.
  • Tunggu sekurang-kurangnya 1 jam antara bangun tidur dan makan (jika anda makan sarapan pagi). Kebanyakan anda akan melangkau sarapan pagi dan ambil makanan pertama anda selepas tengah hari.
  • Dapatkan pendedahan kepada cahaya terang pada waktu pagi, sebaik-baiknya di luar - sasarkan selama 30 minit sambil turut berjalan kaki untuk kekal aktif.
  • Elakkan pendedahan kepada peranti digital seperti telefon, televisyen yang memancarkan cahaya biru dalam masa 2-3 jam sebelum tidur. Tetapkan penggera pagi dan biarkan telefon anda jauh dari capaian.
  • Elakkan makan terlalu dekat dengan waktu tidur. Anda boleh minum air dan teh herba, tetapi elakkan kafein.

Seperti biasa, hubungi mentor anda, tanya soalan di kumpulan Facebook atau hantarkan mesej kepada doktor anda.

Apa langkah seterusnya?

Klik butang di bawah dan jalani satu penilaian selama 5 minit yang dibuat oleh doktor, pakar pemakanan, dan juru-psikologi tingkah laku kami. Ini akan membantu kami menilai kesesuaian Roczen untuk anda, dan untuk kami rangkakan satu pelan yang khusus untuk anda secara percuma. Jika anda adalah seorang ahli yang membaca artikel ini, kami hanya di sini untuk bertanya khabar dan kami harap anda mempunyai hari yang hebat!

Jalani penilaian